Malay
I was thinking of what to write in the Head Prefect's column for the school magazine and nothing seems to come out. I'm doing it in malay as my english is a damn shit compared to everyone else's. According to Neng, BM is my thing; which in actual fact, it was apparently my thing. I dug back my old files and found the essays I wrote last time for competitions. And I was like, wat the? Did I really write that?
Pemikiranku melayang kembali kepada detik-detik kenaifan dalam hidup yang dipenuhi dengan keinsafan ini. Alangkah bersyukurnya saya dikurniakan dengan teman-teman hidup yang telah menemani saya sepanjang 16 tahun selama ini. Dalam kotak minda kebanyakan orang, teman hidup sering dikaitkan dengan rakan karib mahupun pasangan masing-masing. Namun begitu, perspektif tersebut haruslah diubah kepada konteks yang lebih luas, iaitu teman-teman hidup yang bermaksud, keluarga kita.
Memori saya ini kembali kepada alam remaja. Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa dalam tempoh ini, kelompok yang baru melangkau perubahan ini mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur persekitaran, seperti idea-idea baru yang disampaikan serta pengaruh rakan-rakan yang digauli oleh mereka. Dengan perubahan yang mendadak dari segi pemikiran saya, saya telah mempelajari banyak perkara baru sehinggalah melupakan asas kepada hidup saya, iaitu keluarga. Berdasarkan tanggapan saya, kawan-kawan saya adalah amat penting dan harus dihargai. Dalam segala hal yang dilakukan, saya telah memberikan prioriti kepada kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga saya. Keadaan ini telah berterusan sehinggalah saya telah disedarkan dengan kata-kata yang penuh bermakna seorang guru yang memberi ceramah ketika menyertai satu kem. “Ingatlah kedua-dua ibu bapa kamu, ingatlah pengorbanan mereka dalam membina segala yang ada pada diri kamu. Adakah kamu telah lakukan sesuatu untuk membalas budi mereka? Renunglah kembali perlakuan kamu selama ini…”. Rasa bersalah menyelubungi diri saya ketika itu, hiba dan rasa terharu apabila memikirkan ibu bapa yang telah bekerja keras selama 19 tahun ini untuk membesarkan abang dan saya. Egoku sebagai seorang lelaki cair kepada emosi yang meruntun seketul darah yang bernama hati. Tanpa disedari, air mata telah mulai bergenang pada mata saya. Bersama dengan pelbagai persoalan yang bermain dalam benak, saya telah berbisik dalam hati dengan penuh tekad, “ saya akan memastikan segala yang dilakukan oleh ibu bapa saya adalah memadai dan saya akan melakukan apa yang terdaya untuk memberi mereka kebahagiaan dan membalas budi mereka.”
Selama ini, saya tidak menyedari motif tindakan ibu saya dalam memastikan kami sekeluarga menghabiskan hari Ahad bersama-sama. Sebelum ini, saya menyangkakan bahawa ibu saya ingin mengawal tindakan abang dan saya dengan memastikan kami dua beradik sentiasa menemani ibu bapa saya untuk bersiar-siar. Pemikiran saya yang lebih matang telah membolehkan saya memahami bahawa ibu saya inginkan kami sekeluarga menghabiskan masa keluarga kami dengan berkualiti untuk memastikan hubungan erat keluarga kami sentiasa terjalin. Masa yang terluang dengan gembiranya dengan keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Pernah sekali, kami sekeluarga telah duduk dan bersembang mengenai perkara-perkara seharian. Ketika itu, dengan tiba-tiba, saya merasai sesuatu pengalaman atau perasaan yang aneh dan mendalam, seolah-olah kebahagiaan bercampur-aduk dengan kegembiraan yang tidak pernah saya alami ketika bersama dengan rakan-rakan saya. Kata-kata guru tempoh hari menjadi kenyataan dan perasaan yang unik ini merupakan titik perubahan pandangan saya terhadap keluarga saya. Segala teguran dan ajaran yang diterima daripada ahli keluarga akan kujadikan pedoman hidupku yang masih panjang.
Perkataan bahagia yang didefinisikan sebagai suasana senang dan aman damai serta gembira. Keluarga bahagia sememangnya merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh semua orang. Namun begitu, bagaimanakah sesebuah keluarga itu boleh dikategorikan sebagai sebuah keluarga sakinah dan apakah yang boleh dilakukan untuk mencapai objektif tersebut? Persoalan ini amat sukar dijawab dengan tepat disebabkan kepelbagaian perspektif yang diberi. Suatu suasana yang aman dan gembira boleh dicapai dengan mudahnya jikalau wujud persefahaman di kalangan ahli keluarga. Namun begitu, disebabkan wujudnya personaliti yang berbeza dalam individu yang berlainan, pandangan seseorang itu mungkin bercanggah dengan orang lain. Di sinilah sikap toleransi memainkan peranan yang penting untuk memastikan perselisihan faham tidak berlaku. Ibu bapa saya sering berbincang dengan abang dan saya apabila wujudnya sebarang masalah. Ketika perbincangan, kami bertukar-tukar pendapat dan apabila timbulnya perbezaan pendapat, kami bertolak-ansur sesama sendiri dan mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai.
Sikap toleransi dalam sesebuah keluarga itu sememangnya tidak cukup untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Saya telah mengetahui tentang hakikat bahawa kesemua ahli keluarga hendaklah meluangkan masa untuk bergaul sesama sendiri untuk memahami dengan lebih mendalam lagi. Walau bagaimanapun, kita haruslah sedar bahawa jumlah masa yang diluangkan itu adalah tidak penting tetapi kualiti masa yang dipenuhi. Dalam masa yang terhad untuk bermesra disebabkan oleh kesibukan hidup seharian, sesebuah keluarga itu hendaklah memastikan bahawa masa yang dihabiskan itu adalah berkualiti, iaitu dengan melakukan aktiviti yang mudah tetapi dapat mengeratkan hubungan. Pandangan saya ini dipengaruhi oleh ibu saya yang menekankan supaya kami sekeluarga patut keluar bersiar-siar pada hari tertentu untuk memastikan kami dapat sentiasa berhubung sesama sendiri dengan efektif. Semasa bergaul dengan ahli-ahli keluarga, kita secara tidak langsung akan mempelajari cara bersosial yang amat penting dan nilai-nilai serta adab sopan boleh ditanamkan dalam jiwa seseorang anak. Masalah anak-anak bertengkar dengan ibu bapa dapat dielakkan disebabkan oleh pergaulan yang positif dalam keluarga.
“Saya akan membelikan sebuah banglo besar dan kereta mewah untuk ibu bapa saya apabila saya berjaya kelak,” begitulah angan-angan saya ketika berumur 10 tahun tentang cara saya ingin membalas budi kedua-dua ibu bapa saya. Seiringan dengan peningkatan umur, kematangan dan kekerapan perbincangan dengan ibu bapa saya, saya telah menyedari angan-angan saya tidak menepati erti sebenar cara membalas jasa ibu bapa. Mereka hanya ingin melihat kami berjaya dalam hidup dan menjadi seorang insan yang beretika baik dan berguna kepada masyarakat. Itulah balasan terbaik yang mungkin untuk kesemua ibu bapa di dunia ini. Sebagai seorang anak, kita haruslah sedar akan peranan yang perlu dimainkan oleh anak-anak dan bukannya bergantung kepada ibu bapa semata-mata. Oleh itu, kita haruslah menghindari sebarang gejala negatif dan seterusnya berusaha dalam bidang masing-masing dan mencapai sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa. Mereka akan berasa puas dengan segala yang dilakukan oleh mereka selama ini. Tentulah hati mereka akan berbunga dengan perasaan gembira yang tidak terhingga. Di sini, kebahagiaan kedua-dua ibu bapa dapat dicapai dalam jangka masa panjang.
Adakah saya telah berusaha untuk mencapai tujuan saya bagi memastikan keluarga saya merupakan sebuah keluarga bahagia? Soalan ini sering kali timbul dalam minda saya. Kini, saya sedar usaha saya seorang diri memanglah tidak mencukupi untuk mencapai objektif saya. Penglibatan kesemua ahli keluarga diperlukan. Hidup sesebuah keluarga hendaklah bagai aur dengan tebing dan segala tanggungjawab hendaklah dipikul bersama. Keluarga yang bahagia boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak mahupun ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi. Memikirkan kembali kesilapan saya sebelum memahami erti kata sebenar kebahagiaan amatlah menyedihkan. Akan tetapi, keadaan ini telah berubah. Dengan sepenuh usaha yang ikhlas, saya mahu memastikan teman-teman hidupku sentiasa kompak dan meniti ke arah keluarga bahagia.
Keluargaku, keluarga bahagia

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home